top of page

PELAPORAN BERITA SAINS DAN KESIHATAN NADI PENTING KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

Screenshot (125).png
Fahmy Azril sewaktu berada dalam sidang media.
​

​

​

Oleh Nur Syifaa Jamaludin

Pelaporan berita kesihatan mandapat sambutan dan sering dinanti nantikan oleh masyarakat umum sejak berlakunya penularan wabak COVID-19 di Malaysia pada Februari tahun lepas.

​

 

Berita kesihatan yang sebelum ini tidak diberi penekanan dan sering dipandang enteng telah menjadi satu keperluan asas dan panduan dalam masyarakat hari ini untuk mengharungi situasi yang semakin mencabar saban hari.

​

 

Revolusi dalam pelaporan berita sains dan kesihatan ini menjadi satu titik perubahan kepada dunia media apabila isu dan berita COVID-19 menjadi salah satu paparan utama dalam landskap media dan portal berita khususnya.

​

 

Jika kita melihat portal agensi berita di Malaysia seperti Berita Harian dan Malaysiakini, agensi ini memaparkan pelaporan berita sains dan kesihatan berkaitan COVID-19 sebagai paparan utama dalam laman rasmi portal mereka.

​

​

Paparan berita sains dan kesihatan yang dilaporkan dalam web portal Berita Harian tentang COVID-19 yang melanda Malaysia. 
Sumber: Berita Harian

Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sains juga dirangsang dan meningkat melalui laporan media yang meluas saban hari. Ini kerana, berita sains dan kesihatan seperti pengesanan jangkitan wabak menjadi antara berita yang penting semasa pandemik ini.

​

Dengan adanya pelaporan berita ini, masyarakat akan mendapat lebih banyak maklumat sains secara tepat dan dibuktikan sahih secara saintifik.

​

Sebagai contoh, media selalu mengingatkan masyarakat tentang kebersihan diri sejak penularan COVID-19 dengan mempraktikkan keperluan mencuci tangan secara berkala, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial dengan mempraktikkannya dalam amalam harian berdasarkan kefahaman.

​

Selain berlakunya kesedaran fahaman terhadap pentingnya pelaporan berita sains, revolusi ini juga membuka minda dan idea kepada media khususnya wartawan dalam melaporkan berita mengikut arus teknologi dan digital sebagai contoh, kepentingan data visualization dalam melaporkan berita.

​

 

Data visualization dalam penyampaian berita sains dan kesihatan

​

Sebelum berlakunya penularan wabak COVID-19, pelaporan dan penyampaian berita sains dan kesihatan dalam bentuk data visualization tidak dikenali ramai. Tetapi, dengan timbulnya kepentingan berita sains dalam dunia sekarang, data visualization menjadi salah satu bentuk penyampaian yang polular dalam kalangan media.

​

Pelaporan berita kesihatan yang dipaparkan dalam web portal Malaysiakini dalam bentuk data visualization mendapat perhatian ramai kerana berita dan cara penyampaiannya dari segi data dan infografik memudahkan orang ramai dan masyarakat memahami apa yang ingin disampaikan dalam bentuk yang mudah.

​

​

​

​

​

 Paparan info dan maklumat dalam web portal Malaysiakini mengenai kes COVID-19 yang dipaparkan dalam bentuk data visualization dan infografik.
Sumber: MalaysiaKini
Dalam mengumpul informasi tentang berita sains, banyak data yang perlu diambil dan ditapis daripada pakar sesuatu bidang sebelum dapat ditulis dan diolah kepada bentuk berita oleh wartawan.
​

Ia memerlukan pemahaman yang tinggi oleh wartawan untuk menterjemah data dan informasi yang dikumpul agar berita yang akan disampaikan dapat difahami oleh masyarakat supaya berita itu mempunyai signifikan yang tinggi kepada semua.

​

Dalam melaporkan berita sains COVID-19 yang mempunyai banyak data, ramai yang sedar bahawa data bukan hanya sekadar angka. Data visualization yang diolah daripada angka angka mempunyai nilai yang penting kerana otak manusia lebih mudah memproses informasi visual dibandingkan angka.

​

Contohnya, wartawan memperoleh angka jangkitan baru pesakit COVID-19 daripada pihak hospital akan mengolah data tersebut menjadi bentuk yang mudah difahami dengan membuat kombinasi analisa data dan design visual.

​

 

Istilah baharu dalam penyampaian berita sains dan kesihatan

Fahmy Azril, wartawan Berita Harian yang telah banyak melaporkan
tentang berita sains dan kesihatan mengenai isu COVID-19 sejak tahun lalu.
​
Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini turut membawa perubahan pada budaya kerja yang perlu diadaptasi dalam kadar segera.

 

Menurut Fahmy Azril, 30, yang telah bersama Berita Harian sejak tahun 2013, beliau menyatakan era pandemik ketika ini membawa banyak perubahan kepada pengamal media dari segi budaya kerja.

 

Pengalaman Fahmy selama hampir lapan tahun berkecimpung dalam dunia kewartawanan yang telah banyak menghasilkan artikel politik jelas membuktikan beliau merupakan seorang wartawan yang berkaliber dan berpengalaman.

 

Jika sebelum ini Fahmy sering menulis artikel berkaitan politik, namun sejak penularan COVID-19, beliau telah mengalihkan fokusnya kepada penulisan berkaitan pandemik COVID-19.

​

Antara artikel yang telah ditulis oleh beliau ialah ‘COVID-19: Dapat 33 Juta Unit Stok Bekalan Peralatan Perlindungan Diri’, ‘COVID-19: 57 Kes Positif Sedang Dirawat di ICU’ dan ‘Warga Malaysia Boleh Pulang Tanpa Ujian Calitan COVID-19'.

​

Beliau berpendapat, beberapa pengalaman dan cabaran sepanjang membuat liputan sewaktu pandemik COVID-19 dalam situasi semasa ini memberi peluang kepada dirinya untuk mengasah kemahiran baru.

​

Beliau mencabar dirinya untuk lebih mengasah kemahiran dengan melaporkan bentuk berita yang lain seperti berita kesihatan kerana selama ini dia hanya menfokuskan dirinya dengan berita politik.

​

Menurut Fahmy, pada awalnya agak sukar bagi beliau untuk membuat liputan berkaitan COVID-19 kerana terdapat beberapa istilah kesihatan yang kurang difahaminya.

​

“Ketika di sidang media, wartawan lebih memilih untuk bertanyakan maksud setiap istilah yang digunakan oleh Pengarah Kesihatan bagi mengelakkan kekeliruan. Contoh istilah tersebut adalah strain yang membawa maksud varian.

​

“Kami bersyukur kerana terdapat beberapa pegawai yang sering membantu beliau bagi menerangkan istilah kesihatan yang digunakan antaranya ialah pembantu peribadi Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham,” katanya.

​

Mengikut kajian pembudayaan sains, masyarakat Malaysia memang mempunyai minat yang tinggi terhadap sains. Bagaimanapun, mereka masih memiliki pengetahuan sederhana.

​

Hasilnya, skor literasi sains masyarakat kita adalah rendah apabila dibandingkan dengan negara sedunia iaitu di tempat 30 peratus pertengahan di dalam ranking dunia.

​

Justeru, dengan adanya pelaporan berita sains dan kesihatan saban hari, ia membuka peluang untuk masyarakat membudayakan celik sains dalam menambahkan pengetahuan tentang perbendaharaan istilah dalam bidang sains melalui medium yang betul.

​
Beberapa contoh istilah yang popular dalam pelaporan berita sains bagi menerangkan informasi tentang isu COVID-19 yang menjadi paparan hangat dunia.
​

Situasi sebegini telah membuka mata kepada media terutamanya wartawan agar lebih bersedia untuk meningkatkan pengetahuan mereka supaya lebih memahami isu, dalam kes krisis pandemik ini dan istilah perubatan untuk disampaikan kepada khalayak umum.

​

Selain itu, hubungan di antara wartwan, kerajaan dan komuniti kesihatan haruslah lebih komprehensif dan teratur agar media dapat melaporkan berita yang tepat dah sahih tentang berita sains dan kesihatan ini.

 

Ini kerana, kesemuanya terlibat dalam proses pembinaan berita kesihatan. Ia memerlukan pemahaman yang tinggi kepada pihak media jika menyentuh laporan saintifik dan fakta dalam berita sains dan kesihatan.

 

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) meminta semua sidang akhbar membabitkan agensi kerajaan dan swasta dilakukan secara atas talian dan menghadkan aktiviti itu secara bersemuka.

​

Presiden NUJM, Farah Marshita Abdul Fatah dipetik berkata dalam Sinar Harian, langkah tersebut perlu diambil susulan daripada berlakunya kes positif COVID-19 dalam kalangan ahli Parlimen dan menteri Kabinet serta peningkatan kes harian yang mencecah lebih 3 ribu kes sejak minggu lalu.

 

Malah, semua pihak perlu memberikan kerjasama yang baik kepada petugas media ketika dihubungi bagi mendapatkan sebarang komen serta dan pendapat tentang isu COVID-19 ini, katanya.

​

​

Berita kesihatan mental dalam pelaporan berita sains dan kesihatan

​

Kesan daripada pandemik ini, selain daripada memfokuskan berita sains dan kesihatan tentang COVID-19, berita sains dan kesihatan yang melibatkan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat juga turut meningkat.

​

Di Malaysia, masalah kesihatan mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua yang paling serius selepas penyakit jantung bagi rakyat Malaysia.

​

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) terkini, tiga daripada 10 orang dewasa yang berusia 16 tahun dan ke atas dalam negara Malaysia menderita masalah kesihatan mental.

Beberapa berita yang dilaporkan oleh media arus perdana tentang
berita sains dan kesihatan mengenai masalah emosi dan penyakit mental
sejak COVID-19 berlaku oleh Berita Harian dan Utusan Malaysia.
Sumber: Berita Harian dan Utusan Malaysia

Statistik ini meningkat berpunca daripada pandemik yang telah menembusi setiap lapisan masyarakat dari semua sudut yang menimbulkan kegelisahan, kebimbangan dan ketakutan serta gangguan sosial kepada semua.

​

Dengan peningkatan ini, media lebih banyak menyentuh dan melaporkan berita kesihatan tentang pentingnya menjaga kesihatan mental agar masalah ini tidak menguasai dan membelenggu diri bagi setiap individu.

​

Laporan dalam bentuk artikel, video dan infografik dimuatnaik di media sosial dengan harapan media dapat berkomunikasi melalui medium ini.

​

Contohnya, Bernama yang merupakan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia kerap kali dan berita kesihatan mental agar dapat membendung gejala ini daripada terus berleluasa.

​

Infografik tentang menangani masalah jiwa dan mental semasa COVID-19 oleh Bernama yang dimuatnaik dalam internet untuk kesedaran masyarakat umum.
Sumber:Bernama

Konklusinya, dengan kemajuan teknologi dalam bidang informasi, pelaporan berita sains dan kesihatan ini penting, ia mencorak pandangan masyarakat, budaya serta gaya hidup baru yang lebih sihat di negara ini.

bottom of page