
SPONSORSHIP
KORELASI ANTARA TAJAAN,
MEDIA DAN KOMUNIKASI

Tajaan datang dalam pelbagai bentuk termasuk perniagaan dan acara.
Sumber: Gevme.com
Oleh Noor Najwa Zainie
Seperti dakwat dengan kertas, ia memerlukan satu sama lain untuk melengkapi proses penulisan ataupun seni lukis. Konsep ini juga berkait rapat dengan hubungan sesuatu program yang memerlukan penaja untuk melengkapkan lagi proses aturcara dan perancangan program dengan jayanya.
Jika berbicara mengenai penaja, menurut Public Welfare, ia merupakan individu atau organisasi yang mempromosikan pelaksanaan sesuatu projek untuk menyokong kedua dua pihak dan mengiklankan barang, perkhidmatan, aktiviti sendiri atau diri sendiri.
Penaja memberikan sumbangan kepada belanjawan organisasi yang memerlukan bantuan. Tajaan yang diberikan boleh terbahagi dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk wang tunai, produk, atau apa sahaja yang memberikan kentungan kepada setiap pihak.
Jika disimpulkan dengan mudah, konsep penaja ini tertumpu kepada perjanjian komersial antara dana, sumber atau penyedia perkhidmatan, dan organisasi yang memberikan hak tertentu sebagai pertukaran untuk keuntungan komersial.
Seperti program Gegar Vaganza yang sering mendapat sambutan penonton, mereka mempunyai banyak tajaan daripada pelbagai syarikat seperti produk kosmetik dan kesihatan.
Contohnya, produk Qu Puteh daripada syarikat ‘Vida Beauty SDN BHD’ yang menjadi penaja utama dan penaja rasmi Gegar Vaganza selama beberapa tahun mendapat keuntungan komersial dan pengiklanan untuk produk mereka dalam memperluaskan pasaran baru dengan memberi tajaan kepada rancangan televisyen realiti muzik terbitan Astro itu.
Bergantung pada saiz sumbangan, setiap penaja ini menerima jumlah popularisasi yang sesuai. Iaitu, apabila penaja memberikan bantuan percuma dalam jumlah tinggi, maka jumlah perkhidmatan pengiklanan yang diberikan kepadanya turut menjadi tinggi dan begitulah sebaliknya.
Kepentingan komunikasi dalam penajaan
Kita dapat lihat bahawa terdapat hubungan langsung antara kerjasama tajaan dan komunikasi serta penggunaan media.
Hal ini kerana, dengan tercetusnya pengiklanan dalam medium media dan komunikasi yang baik, ia akan melancarkan lagi proses kerjasama di antara penaja dan program atau organisasi yang ditaja.
Dengan adanya komunikasi yang baik dalam kerjasama ini, penaja dapat meningkatkan potensi pasaran dengan mengadakan kolaborasi dengan mana mana pihak yang memberikan mereka keuntungan semula dalam meluaskan lagi nama dan identiti produk.
Jenama pihak penaja akan tersebar luas kepada pihak umum melalui pertukaran perjanjian dalam keuntungan komersial di mana program yang diberikan tajaan akan mengiklankan produk mereka semasa proses acara dilakukan secara langsung dan tidak langsung.
Selain itu, komunikasi dan tajaan turut mempunyai korelasi yang tinggi. Hal ini kerana, proses ini memerlukan komunikasi yang baik di antara penaja dan program atau organisasi yang ditaja.
Jika berlakunya salah faham dalam komunikasi diantara kedua dua belah pihak, maka tidak akan timbul kolaborasi yang akan menguntungkan penaja dan pihak yang ditaja dari segi bajet atau keuntungan komersial dalam meluaskan lagi pasaran.
Justeru, kemahiran komunikasi yang tinggi perlu ada untuk memberikan kefahaman dari segi keuntungan supaya setiap pihak tahu dan sedar tentang nilai faedah dan manfaat daripada kerjasama pelbagai bidang ini.
Kolaborasi industri media dan penaja
Berbicara soal industri media dan penajaan, penajaan dan industri media boleh diibaratkan bagai ‘isi dengan kuku’. Mereka memang sinonim dengan kerjasama wajib dalam membesarkan syarikat.
Hal ini kerana, salah satu untung perniagaan yang diperolehi dalam industri media adalah melalui penaja yang memberi tajaan dalam bentuk wang misalnya.
Sebagai pulangan faedah, pihak penaja akan mendapat keuntungan pasaran dalam media yang akan memperluaskan lagi jenama dan identiti produk atau syarikat mereka.
Keuntungan daripada penaja ini merupakan salah satu modal perniagaan penting yang akan menentukan jangka hayat syarikat media itu sendiri. Disini kita dapat lihat bahawa, penajaan banyak membantu media industri dalam menjana pendapatan yang baik.
Oleh hal yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa penajaan dan media komunikasi mempunyai hubungan secara langsung.
Ditegaskan di sini bahawa, industri media memainkan peranan penting dalam dunia penajaan dan pengiklanan. Industri media tidak akan dapat bertahan dengan sendirinya tanpa pihak penaja.
Hal ini kerana, industri media perlu membayar gaji pekerja dan membiayai peralatan studio yang canggih dan kos penyelenggaraan yang tinggi untuk terus beroperasi.
Wardah salah satu tulang belakang kolokium ‘Journalism in a Pandemic: Adapting and Evolving’

Pra-acara oleh pelajar UiTM yang ditaja oleh 'Wardah Beauty Cosmetic'.
Dalam pandemik COVID-19, waktu ini merupakan era di mana ianya menjadi pencetus evolusi teknologi ‘work from home’ yang menggunakan platform atas talian sebagai medium yang akan menghubungkan semua pihak untuk mengadakan aktiviti atau ruang diskusi bersama.
Begitu juga dengan kolokium yang dianjurkan oleh pelajar kewartawanan tahun akhir UiTM Shah Alam, ‘Journalism in a Pandemic: Evolving and Adapting’ yang dijalankan secara atas talian oleh pelajar semester 5 melalui aplikasi Google Meet dan juga secara langsung di aplikasi YouTube untuk orang awam.
Dalam menjayakan program ini, ‘Wardah Beauty’ yang merupakan syarikat kosmetik popular daripada Indonesia, diusahakan oleh Nurhayati Subakat menjadi tulang belakang kepada program kolokium sebagai penaja yang bekerjasama memberi sumbangan dalam menjayakan sesi program ini.
Menurut Nur Arisa Fauzi, salah seorang ahli jawatankuasa bagi program kolokium ini, beliau berkata, “kami memilih Wardah sebagai penaja utama kerana Wardah merupakan salah sebuah organisasi yang dikenali. Ia sedikit sebanyak membantu kolokium untuk mendapatkan liputan.
“Pihak Wardah telah menaja produk solekan, vouchers dan juga hampers untuk diberikan kepada barisan panel. Memandangkan acara ini tidak memerlukan banyak duit disebabkan ianya dianjurkan secara atas talian, Wardah memberi tajaan dalam bentuk produk”, katanya.
Tambahnya lagi, pihak Wardah juga mendapat pulangan dengan menjadi penaja dalam bentuk kolaborasi logo dalam semua acara dalam talian kami. Secara tidak langsung, jenama dan produk Wardah dapat dikomersialkan dengan meluas.
“Ahli teknikal meletakkan logo Wardah di setiap pembukaan

Nur Arisa Fauzi, ahli kumpulan pihak penajaan untuk kolokium:
'Journalism in a Pandemic:
Evolving and Adapting'.
dan penutupan program serta moderator akan memperkenalkan Wardah sebagai penaja utama kolokium ini,” ujarnya.
“Kami juga bekerjasama dengan Wardah dengan mengadakan acara bersama mereka. Acara ini bertemakan "Wardah Bright Days x Journalism in a Pandemic: Adapting and Evolving". Acara ini berjaya kerana pihak kolokium dan Wardah mendapat faedah tersendiri,” tambahnya lagi.
Kesinambungan daripada itu, pihak ‘Wardah Beauty’ telah diberikan ruangan khas semasa pra-acara tersebut dan mereka berjaya mempromosikan produk mereka kepada khalayak ramai.
Ini secara tidak langsung akan meningkatkan pasaran dan target market dalam kalangan pelajar.
Dalam temu bual bersama penganjur pra-acara Wardah, Winda Aditama, beliau menyatakan bahawa dalam menaja kolokium ini, komunikasi dalam media sangat memainkan peranan penting untuk menjayakan misi mereka sebagai penaja untuk memperluaskan lagi jenama mereka.

“Penajaan ini amat penting untuk jenama Wardah supaya ia diperkenalkan dengan lebih meluas. Dengan adanya komunikasi yang baik di antara pihak penaja dan pihak yang ditaja, maka tujuan utama kami sebagai penaja akan lebih berkesan”, katanya.
Manfaat menjadi penaja ialah Wardah dapat mengenali lebih banyak watak dan juga masalah daripada pengguna Wardah serta target market mereka dengan pendekatan yang lebih efektif.
“Visi dan misi Wardah sebagai penaja dalam kolokium ini berjaya kerana kami dapat berkomunikasi dengan pengguna Wardah dalam kalangan pelajar dan secara tidak langsung mempromiskan jenama kami agar lebih dikenali,” tambahnya lagi.
Jelaslah bahawa, tajaan, media dan komunikasi memainkan peranan yang penting untuk menjayakan misi dan visi pihak penaja dalam mana mana organisasi atau penaja individu.