top of page

MENGHARUNGI ERA PANDEMIK: PELAPORAN BERITA SAINS KINI SEMAKIN PENTING KEPADA PETUGAS MEDIA

3-0.journalist.jpg
Pandemik COVID-19 buka mata kepentingan dalam pelaporan berita sains.
Sumber: ThoughtCo.

​

​

Oleh Farisha Ilyana

Laporan berita sains sebelum ini kurang diberi perhatian oleh masyarakat umum sehinggalah munculnya pandemik COVID-19. Sebelum berlakunya penularan wabak pandemik, pelaporan berita sains kurang mendapat perhatian bagi sesetengah individu oleh kerana sains dianggap rumit dan kurang menarik dari segi penyampaiannya.

​

Zaman beralih musim berubah, dunia kini telah berevolusi ke arah pemodenan seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Masyarakat pada zaman kini lebih mudah untuk mencari maklumat atau berita tentang isu semasa dengan adanya teknologi canggih di hujung jari. Oleh itu, laporan mengenai dunia sains semakin diberi perhatian pada masa kini terutama sekali dengan adanya laporan interaktif dan maklumat mengenai penularan wabak COVID-19.

​

Laporan tentang sains penting sejak dahulu lagi namun kesedaran masyarakat dapat dilihat meningkat pada masa kini di mana laporan ini lebih banyak dicari dan diberi perhatian semasa pandemik COVID-19.

​

Pentingnya laporan mengenai sains ini, wartawan bertanggungjawab untuk menulis berita mengenai sains ataupun kesihatan dengan bahasa yang mudah untuk difahami.

​

Setiap bidang ada ‘jargon’ atau bahasa mereka sendiri, ia adalah istilah-istilah khas dalam perubatan, kejuruteraan, sains dan teknologi. Maksud untuk istilah ini perlu dipermudahkan bagi pembaca mudah faham.

​

Cabaran seorang wartawan adalah untuk mereka memahami konteks ataupun perkataan tertentu tapi kita perlu jelaskan dalam bahasa yang mudah difahami untuk pembaca kerana tidak semua orang mempunyai tahap pemahaman yang sama. Jadi wartawan bertanggungjawab untuk memberikan pemahaman kepada pembaca.

​

Berbeza kepada petugas media kerana mereka memerlukan beberapa persediaan dan kelengkapan dalam melaporkan berita sains.

​

Wartawan perlu mengetahui dan mengkaji topik sains itu terlebih dahulu sebelum melaporkan berita kepada khalayak umum. Mereka harus menyesuaikan topik tersebut dengan penggunaan ayat yang difahami dalam masa yang singkat.

​

Selain itu, tips untuk persediaan melaporkan berita sains adalah dengan membaca. Membaca bukan sekadar dengan melihat topik itu sahaja, tetapi dengan mengkaji laporan daripada pelbagai sumber.

​

Sumber itu boleh diperolehi daripada portal berita, surat khabar, berita yang pernah dilaporkan ataupun kajian yang berkaitan dengan subjek mahupun topik yang perlu ditemu bual bagi menghasilkan penulisan yang komprehensif dan memenuhi kehendak pembaca.

​

Pengetahuan tidak datang sekelip mata, disebabkan itu wartawan perlu ada sifat dan rasa ingin tahu untuk terus menambah ilmu pengetahuan kerana dalam laporan yang memerlukan masa yang singkat seperti breaking news, wartawan tidak mempunyai masa yang banyak untuk membuat kajian secara mendalam.

​

Dengan adanya sifat rasa ingin tahu dan rajin membaca pastinya perkara tersebut dapat membantu dalam menambah pengetahuan dalam sesuatu bidang.

​

Wartawan juga dikenali sebagai jack of all trades, berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang menjadi keperluan wartawan pada masa kini untuk memahami sesuatu isu dan bertanyakan soalan yang betul sewaktu menemu bual dan menghasilkan laporan.

​

​

​

WhatsApp Image 2021-02-10 at 3.46.27 PM.
Hakim ketika di Studio Awani sambil memberi kesedaran tentang hari AIDS sedunia.
Sumber: Instagram Hakim Rahman

Menurut Hakim Rahman, sepanjang berkhidmat dalam bidang kewartawanan, beliau telah memenangi Anugerah Laporan Berita TV terbaik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (2014).

​

“Ketika itu, saya membuat laporan mengenai E-cigarettes yang menjadi trend pada zaman sekarang.

​

“Semasa saya buat laporan itu, saya membaca laporan dari luar negara kemudian saya menemu bual pakar kimia, pakar pernafasan dan saya baca case study,” katanya.

​

Sebagai seorang wartawan, tidak semestinya mereka perlu tahu menulis berita dan bertanya sahaja tetapi mereka juga perlu tahu memahami isu secara keseluruhan untuk mendapat gambaran yang lebih besar.

​

Seterusnya, apabila bercakap tentang kewartawanan, objektif utama mereka adalah untuk memberitahu dan untuk mendidik masyarakat setiap masa. Persediaan dalam jangka masa pendek, tiada latihan yang wartawan boleh buat untuk sesuatu temu bual dalam masa yang singkat.

​

“Jika kita terdesak disebabkan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, berdasarkan persediaan dalam masa singkat, wartawan boleh melihat berita-berita yang pernah dibuat sebelum ini seperti membaca mengenai topik yang kita mahu buat, kemudiannya bertanya pada senior dan kita perlu memahami isu-isu tersebut,” kata Hakim.

​

Di samping itu, wartawan perlu peka ketika melaporkan sesuatu berita. Kepekaan itu perlu ada dalam diri seorang wartawan sepanjang masa dan bukan hanya ketika berhadapan dengan keadaan pandemik COVID-19 ini.

​

Hakim berkata, seorang wartawan perlu peka dan tidak boleh ketinggalan. Oleh itu, wartawan perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam apa bidang sekalipun, tidak perlu mendalam tetapi cukup tahu tentang pengetahuan am.

​

Pada zaman dahulu, wartawan hanya perlukan pen dan kertas, tetapi zaman sekarang tidak perlu lagi kerana yang diperlukan adalah tablet, ipad, iphone dan smartphone.

​

Hakim juga turut mengulas bahawa kelengkapan yang paling utama ialah mata yang tajam untuk melihat sesuatu kejadian, hidung yang baik untuk menghidu sesuatu berita dan juga ingatan yang kuat untuk mengingati butiran untuk diceritakan kembali dalam sesuatu laporan.

​

“Kelebihannya sekiranya anda berada disitu semestinya boleh bawa berita itu sebagai perspektif orang pertama dan untuk laporan di kawasan PKPD mestilah kita perlu pakai set PPE dan pakai pelitup muka jadi itulah antara persediaannya,” katanya.

​

Selain itu, membuat laporan mengenai sains dan kesihatan, wartawan perlu memberi maklumat dan mendidik masyarakat tetapi perlulah menjaga sensitiviti subjek yang mereka menemu bual.

​

Hakim juga memberitahu dari sudut pemerhatian beliau, pendekatan dalam penulisan dan berita berkaitan sains itu perlu lebih mempunyai daya tarikan, satu laporan sains perlu bersifat menarik dan juga bersifat mendidik.

​

“Itu adalah satu kemahiran yang kita kurang dalam pelaporan sains di Malaysia, sekiranya angle berita tersebut bosan maka pembaca akan nampak berita sains ini membosankan,” katanya lagi.

​

Pandemik ini telah mencetuskan minat yang mendalam untuk masyarakat mengetahui lebih lanjut tentang sains, vaksin, virus yang boleh merebak, kesihatan diri dan lain lain.

​

Sebagai contoh, Berita Harian Online telah menyampaikan berita dan data tentang COVID-19 dengan menggunakan infografik dan visual yang menarik agar berita itu menarik di mata orang ramai.

​

Cara pelaporan sains dan kesihatan pada masa kini sudah semakin berbeza dan berkembang kerana masyarakat telah menunjukkan minat untuk mengetahui tentang COVID-19.

​

Menurut Hakim lagi, masyarakat sudah lebih mengetahui dalam pencarian maklumat berhubung dengan semua perkara mengenai COVID-19.

​

“Berdasarkan pemerhatian saya, rasanya hampir semua orang sudah boleh tahu dan bercakap tentang sains dan kesihatan selepas beberapa bulan PKP,” katanya.

​

Oleh itu, wartawan bukan perlu menjadi seorang yang hanya sekadar melaporkan tetapi perlu menjadi kreatif dalam menyampaikan berita agar berita itu tidak menjadi bosan seterusnya dapat menarik perhatian supaya kandungan berita tersebut boleh disebarkan semakin luas.

​

Perkara itu bergantung kepada persembahan dan cara wartawan dalam menyampaikan satu maklumat itu dengan menambahkan elemen elemen yang menarik seperti infografik, muzik, dan gambar yang menarik perhatian kerana wartawan juga adalah seorang pencipta kandungan.

​

bottom of page