top of page

DUNIA MEDIA DAN NORMA BAHARU

​

​

Oleh Nurul Ufairah Tarmidzi

​

Bagai kaca terhempas batu merupakan peribahasa yang membawa maksud sangat sedih atau kecewa ini merupakan amat sesuai untuk dikaitkan dengan situasi yang melanda pada tahun 2020 ini.  

​

Tiada siapa sangka bahawa wabak penyakit seperti COVID-19 yang sedang melanda di seluruh negara ini mampu mengancam kehidupan setiap individu dan perkembangan industri yang wujud di Malaysia.  

​

Industri media juga terkesan dengan apa yang berlaku pada hari ini. Justeru, kebanyakan wartawan mahupun petugas media serta organisasi yang terlibat sedang berusaha membiasakan diri dengan keadaan norma baharu.

​

​

Zulqarnain Abu Hassan (tengah) ketika menemubual Neelofa selepas sidang media. 

Wartawan hiburan Sinar Harian, Zulqarnian Abu Hassan, 29, merasakan situasi ini sedikit sebanyak mengganggu rutin pekerjaannya yang tidak lagi berjalan seperti biasa.

 

“Sebenarnya, industri media di Malaysia sejak Januari tahun 2020 sudah mula perlahan ditambahnya lagi dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan pada bulan Mac yang menyebabkan semua pekerja diarahkan bekerja dari rumah.

 

“Walaupun saya wartawan di meja hiburan, waktu bekerja itu tidaklah mengganggu kerana kami bekerja dengan masa yang fleksibel iaitu dari pukul 11 pagi hingga 7 atau 8 malam,” ujarnya.  

​

Tambah beliau, kesemua sesi temubual bersama artis hanya dilakukan melalui panggilan telefon kerana ianya lebih mudah dan pantas memandangkan beliau perlu menyiapkan berita dalam masa yang singkat.

​

Minat beliau terhadap ilmu membuatkan beliau mengambil double degree
dalam subjek kewartawanan dan sosiologi. 

Beliau yang juga merupakan seorang pensyarah di salah sebuah universiti swasta dan sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat Doktor Falsafah di UiTM Shah Alam ini menganggap bahawa pandemik ini adalah cabaran yang dilalui oleh semua individu.  

​

“Setiap jemputan daripada klien yang ingin mempromosikan produk mereka juga tidak dapat dijalankan dengan majlis yang besar-besaran dan digantikan dengan perjumpaan melalui Internet seperti Google Meet atau Zoom Meeting. 

​

“Perjumpaan itu boleh mengambil masa selama satu atau dua jam bergantung kepada pihak organisasi klien itu sendiri dan saya akan terus menyiapkan berita tersebut sejurus selesainya pelancaran itu”.

Beliau bersama ibu tercinta ketika meraikan majlis konvokesyen di  
SEGI Universiti, Kota Damansara.

Sepanjang berkecimpung dalam industri media selama enam tahun, beliau telah mempelajari banyak perkara dan telah biasa dengan pelbagai penggunaan istilah dan terma seperti media junket. 

​

Media junket adalah sebuah terma yang digunapakai bagi wartawan-wartawan hiburan ketika berada dalam sidang media bersama dengan artis antarabangsa.

 

“Media junket ini adalah antara sidang media yang tidak formal dan sangat kasual yang telah diperkenalkan kepada saya dari awal permulaan karier saya. 


“Namun begitu, saya juga perlu bersiap sedia kerana perbezaan waktu di Malaysia dan waktu di luar negara merupakan faktor yang perlu dititikberatkan memandangkan saya sekarang bekerja tiga dalam satu. 

​

“Selain itu, tahap kelajuan Internet memainkan peranan yang penting kerana walaupun keadaan internet saya berada dalam kondisi yang baik tetapi perkara tersebut mungkin berbeza terhadap orang lain yang seterusnya boleh mengganggu proses sidang media.

 

“Apa pun yang terjadi hari ini, saya berharap bahawa seluruh wartawan dan petugas media kuat untuk menghadapi segala cabaran ketika mengharungi pandemik COVID-19 ini,” kata beliau.

Zaidi Aziz yang memulakan karier beliau sebagai penulis di SAYS sebelum mendapat tawaran menjadi penerbit video SEISMIK TV baru-baru ini.  
Sumber: Zaidi Aziz 

Mengharungi pengalaman yang sama, penerbit video SEISMIK TV, Rozaidi Aziz atau lebih dikenali sebagai Zaidi Aziz, 27 menceritakan pengalaman beliau ketika bekerja dari rumah semasa pandemik. 

 

“Pada mulanya, saya tidak sangka semua ini akan terjadi kerana saya dan rakan sekerja yang lain sudah menyediakan beberapa video terlebih dahulu untuk YouTube channel kami.

 

“Kebetulan ketika itu saya juga baru dapat pengesahan daripada bos saya untuk menubuhkan YouTube channel khas buat SEISMIK TV dimana kami memfokuskan dengan penggunaan bahasa Melayu”. 

Antara tulang belakang yang bersama-sama beliau sepanjang perjalanan beliau dan SEISMIK TV.  
Sumber: Zaidi Aziz 

Terbaharu, usaha beliau bersama-sama rakan sekerjanya yang lain membuahkan hasil apabila YouTube channel SEISMIK TV yang ditubuhkan pada 17 Mac kini telah mencecah lebih 108 ribu subscribers. 

​

Beliau yang merupakan graduan Ijazah Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran Utama) dari UiTM Shah Alam tahun 2015 ini akui bahawa banyak yang beliau pelajari ketika berada dalam situasi sebegini.  

​

Menurut beliau, sebagai seorang ketua kumpulan, komitmen yang diberikan oleh rakan sekerja juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesebuah video.  

​

Di samping itu, kualiti bagi sesebuah video dapat dilihat dan ianya bergantung kepada peralatan-peralatan yang digunakan contohnya iMac, mikrofon dan komputer riba.

 

“Pekerjaan yang saya lakukan ini kebanyakannya memerlukan daya pemikiran yang sangat tinggi memandangkan saya perlu mencari idea-idea atau ilham sebelum memulakan sesuatu. 

​

“Jika bekerja dari rumah, situasi ini menyebabkan kerja-kerja saya terbatas kerana saya memerlukan suasana yang kondusif dimana saya dapat bersemuka dengan rakan sekerja lain untuk berbincang. 

​

“Hakikatnya, saya juga tidak menafikan bahawa saya belajar banyak perkara baharu terutamanya kemahiran yang ada dalam diri saya,” katanya. 

Beliau bersama rakan hos yang berasal dari Indonesia, Aditya Gilank Pratama semasa menjalani penggambaran di studio.  
Sumber: Aditya Gilank 

Beliau merasakan antara kemahiran yang beliau perolehi adalah apabila beliau menjadi seorang yang lebih teliti terhadap sesuatu tugas dan bijak memilih perlatan apa yang sesuai untuk digunakan memandangkan semua dilakukan hanya dari rumah. 

​

Kebiasaanya beliau akan mengadakan sesi perbincangan bersama rakan sekerja yang lain dalam satu bulatan meja dan proses itu juga cepat kerana kesalahan yang dilakukan dapat diselesaikan segera.  

​

“Apabila bekerja dari rumah, saya faham ada di antara rakan sekerja yang lain bangun lambat untuk sebarang perjumpaan mengenai kerja dan itu adalah salah satu cabaran buat saya. 

​

“Saya perlu menggunakan bahasa yang sesuai untuk menegur mereka dan mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku kerana itu boleh menjejaskan kualiti kerja dikalangan kami. 

​

“Saya juga sentiasa merujuk dengan bos saya jika saya mempunyai sebarang masalah berkaitan kerja dan beliau banyak membantu saya dalam memberikan nasihat dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut, jelasnya 

​

Selain itu, beliau juga perlu mengenali sepenuhnya setiap rakan kerja beliau kerana ada di antara mereka yang mudah untuk memahami informasi yang diberi dan ada di antara mereka yang memerlukan pencerahan yang lebih mendalam.  

​

Tambahan pula, pandemik COVID-19 yang melanda ini sedikit sebanyak menjejaskan mereka untuk berurusan dengan klien yang memilih perkhidmatan mereka untuk mempromosikan produk.  

​

Mereka juga kehilangan beberapa klien ekoran halangan yang dihadapi menyebabkan permintaan klien tersebut tidak dapat dilaksanakan atas sebab mereka perlu mematuhi standard operating procedure (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan semasa bekerja. 

Beliau bersama rakan hos yang berasal dari Indonesia, Aditya Gilank Pratama semasa menjalani penggambaran di studio.  
Sumber: Aditya Gilank 

Walau bagaimanapun, masih ada permintaan klien yang mereka berjaya melaksanakannya meskipun terdapat banyak halangan namun apa yang penting adalah komunikasi dan perbincangan bagi memudahkan urusan kedua-dua belah pihak.  

​

“Saya berharap sangat bahawa pandemik ini akan berakhir kerana banyak urusan tidak dapat dilakukan secara kebiasaannya dan saya juga mendoakan kepada petugas-petugas media di Malaysia ini kuat untuk bertahan mematuhi segala SOP sambil bekerja supaya perkara ini akan kembali normal seperti sediakala,” tambah beliau.

bottom of page